.

Sorotan Penting

Sebarang komen dan cadangan bagi penambahbaikan blog ini boleh disalurkan maklumat tersebut ke pihak admin di pasktedong@gmail.com <\blink>

Sila kunjungi "SUDUT ILMIAH" sebagai wadah latihan secra online dan interaktif yang mengandungi pelbagai soalan dan tips berguna untuk meningkatkan kecemerlangan akademik melalui ICT. Sudut ini juga menyediakan bank soalan peperiksaan SK Tedong.

Blog Pusat Akses SK Tedong turut berfungsi sebagai "SUDUT ICT ONLINE" sekolah secara online yang akan memaparkan pelbagai informasi-informasi berkaitan ICT.

Lima anti spyware percuma terbaik

Posted On 11:42 AM by Sk Tedong |

Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui sambungan internet tanpa pengetahuan mangsa, lazimnya dalam bentuk iklan popup. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muatturun melalui internet. Spyware dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Ia mirip Trojan Horse. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh kebanyakan perisian anti-virus biasa.

Seperti lazimnya, saya tidak mengambilkira perisian Anti-virus berbayar kerana kita cuba menggunakan program yang bersih dari sebarang "crack" yang nantinya akan mendatang masalah jika tersalah pasang.

Kadang-kadang kita diberikan popup memberitahu kononnya sistem komputer kita mengalami kelembapan dan ia mencadangkan kita untuk memasang progam itu dan ini. Tolak semua yang meminta menginstall program. Dengan janji apapun yang terlihat seolah ohlah legal, sebenarnya pengguna dipaksa untuk menerima program dari sebuah website agar mereka dapat memasukkan Adware ataupun Spyware.

Matikan program itu tanpa menjawabnya dengan menggunakan tanda X pada windows sebelah kanan atas. Dan jangan sekali-kali mempercayai pilihan Yes, No dan lainnya yang disediakan. Karena kemungkinan pilihan tersebut semuanya berfungsi sama.

Saya membuat analisa setelah menjalankan perisian ini di komputer yang berisi lebih 15GB data setiap satu.

Berikut ialah hasil kajian saya. Ia mengikut turutan dari yang paling saya gemari kepada yang kurang saya gemari.


SPYWARE TERMINATOR
Site: http://www.spywareterminator.com


Saiz : 8,311 KB

Spyware Terminator ialah perisian percuma yang mempunyai ciri Perlindungan Masa Sebenar (Real-Time), HIPS dan Antivirus. Membuang secara efektif sebarang spyware, adware, trojans, keyloggers, lamanweb jahat dan ancaman malware - malah ancaman seperti Look2Me, BetterInternet, VX2, dan CWS. Spyware Terminator mudah untuk digunakan, memerlukan sumber PC yang kecil dan mengimbas dengan cepat.

Selain melindungi komputer dengan perlindungan masa sebenar pengimbasan sistem lanjutan dan kuarantin dilakukan untuk spyware yang ditemui. Ia melakukan pengimbasan yang amat terperinci ke atas cakera keras komputer kita, memori, proses, registry dan cookies untuk mengesan dan menghapuskan semua spyware yang dikenali. "Real-Time Protection" mengawal komputer anda pada masa komputer digunakan, kerahsiaan, dan maklumat peribadi dari ancaman yang tersembunyi sebelum ianya dijalankan, memberhentikan ancaman sebelum ianya terpasang, dan membantu mengawal sebarang perlanggaran ciri keselamatan.

Real-Time Protection's Internet, System, dan Application Guards memantau lebih 50 tempat keselamatan untuk mengenalpasti aktiviti yang tidak diketahui. Apabila anda melayari lamanweb atau memuat-turun dan memasang perisian baru, Spyware Terminator memantau komputer anda dan akan memberi amaran jika spyware ditemui. Spyware Terminator versi 1.8 memuatkan pelbagai ciri lanjutan.termasuklah "Spyware Terminator self-protection" yang menghalang spyware dari merosakkan atau menyah-aktifkan Spyware Terminator itu sendiri dan membolehkan anda melakukan System Restoration (Pemulihan Semula Sistem) yang akan memulihkan sistem operasi di titik sebelum berlakunya masalah. Perisian ini juga didatangkan dengan Clam Antivirus siap terbina (pemasangan adalah opsyenal) menjadikan ia satu-satunya Ati-Spyware yang amat efektif dan berguna dan yang bagusnya ia boleh mengimbas di latarbelakang tanpa mengganggu sebarang tugas yang anda lakukan samada melayari web atau melakukan kerja-kerja menaip.

Ulasan beberapa pakar mendapati Spyware Terminator ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.softsea.com dan www.freewaregenius.com, manakala vnunet dan ZDNET Review memberikan nilaian EXCELLENT kepada perisian ini.

SPYBOT SEARCH AND DESTROY
Site: http://www.safer-networking.org


Saiz : 4.80 MB

Spybot - Search and Destroy ialah sebuah perisian pengesan dan penghapus adware dan spyware. Ia termasuk menghapuskan komponen pengiklanan, yang mengumpulkan statistiks dan juga mengesan beberapa keylogging dan lain-lain ciri pengintipan. Tambahan pula, ia juga menghapuskan kesan penggunaan PC dan Internet, termasuk sejarah pelayaran browser, halaman sementara, cookies dan lain-lain.

Program ini menawarkan satu antaramuka yang agak mudah digunakan dengan dua pilihan setting - setting biasa dan setting lanjutan. Ia dilengkapi dengan fungsi TeaTimer (aktifkan semasa mula-mula memasang perisian ini) iaitu perisian yang akan memantau sebarang perubahan yang berlaku kepada resitry Windows anda. Setiap kali berlaku perubahan anda akan diminta untuk mengesahkannya. jadi jika berlaku spyware atau adware ingin mendaftar di dalam registry anda boleh menolaknya dengan menjawab NO semasa TeaTime mengesannya.
SpyBot menghasilkan satu laporan lengkap yang mudah difahami sebelum ia memadam atau menghapuskan sebarang fail dan mengizinkan anda untuk membenarkan mana-mana item yang anda tidak mahu diproses. Ia juga memasukkan penyegar semula (restore) jika ianya diperlukan.

Cuma dari pengamatan saya semasa pengimbasan dilakukan ia terlepas beberapa spyware yang kemungkinannya belum dikenali oleh Spybot Search and Detroy ini.


MICROSOFT WINDOWS DEFENDER
Site: http://www.microsoft.com


Saiz : 5,033 KB

Microsoft Windows Defender mengenalpasti adware dan spyware dari komputer anda, dan juga mempunyai perlindungan masakini yang akan memberitahu anda sebarang unsur yang merbahaya apabila ditemui, memberhentikan kebanyakan spyware sebelum ia sempat terpasang.

Program ini mengandungi pelbagai ajen yang bertindak sebagai pengawal di bahagian utama sistem operasi anda yang sering merupakan sasaran untuk mengubah setting sistem komputer anda contohnya spyware yang cuba menambahkan ciri menu, menukar lamanweb dan berbagai-bagai lagi.
Jika sebarang adware atau spyware dikesani semasa pengimbasan, anda akan diberikan maklumat mengenai serangan tersebut dan anda boleh memilih samada hendak menghapuskannya atau mengkuarantinnya. Salah satu ciri yang saya gemari ialah ia boleh menyah aktifkan mana-mana proses yang hendak dijalankan semasa start-up. Cuma menurut PCMAG terlalu banyak spyware yang terlepas dari (lebih separuh yang dikesan tetapi tidak dihapuskan).

AD AWARE SE
Site: http://www.lavasoft.com/


Saiz : 2788 KB

AdAware ialah sebuah perisian yang mengimbas memori, registry, cakera keras, pen-drive atau disket untuk sebarang perisian pengiklanan yang menggali data dari komputer anda. Ia kemudian akan menyenaraikan hasil keputusannya dan menawarkan kepada anda samada anda ingin menghapuskan atau mengkuarantinkan komponen berkenaan.

Program ini mengesani jumlah adware/spyware yang agak banyak dan boleh dikemaskinikan dengan data terbaru melalui utiliti kemaskini yang siap dipasang. Namun malangkanya versi percuma hanya mengimbas tetapi tidak mempunyai perlindungan masa sebenar (real-time protection) dan tidak mempunyai pengemaskinian data secara automatik

SPYWARE BLASTER
Site : http://www.javacoolsoftware.com/


Saiz : 2,506 KB

SpywareBlaster tidak mengimbas atau membuang spyware, tetapi menghalang ia daripada dipasang di komputer anda. Ia menggunakan CLSIDs spyware ActiveX controls yang popular, dan juga menawal pemasangan dari mana-mana lamanweb. Ini akan mengizinkan anda untuk menjalankan Internet Explorer dengan Active-X diaktifkan, tetapi tidak akan memuat-turun sebarang ActiveX controls.

Pengakalan data SpywareBlaster mengandungi maklumat berkenaan spyware Active-X controls dan boleh dikemaskini dengan menekan butang yang disediakan. Program ini tidak akan mengesan sebarang objects yang telah sedia terpasang.
edit post
0 Response to 'Lima anti spyware percuma terbaik'

Post a Comment