.

Sorotan Penting

Sebarang komen dan cadangan bagi penambahbaikan blog ini boleh disalurkan maklumat tersebut ke pihak admin di pasktedong@gmail.com <\blink>

Sila kunjungi "SUDUT ILMIAH" sebagai wadah latihan secra online dan interaktif yang mengandungi pelbagai soalan dan tips berguna untuk meningkatkan kecemerlangan akademik melalui ICT. Sudut ini juga menyediakan bank soalan peperiksaan SK Tedong.

Blog Pusat Akses SK Tedong turut berfungsi sebagai "SUDUT ICT ONLINE" sekolah secara online yang akan memaparkan pelbagai informasi-informasi berkaitan ICT.

Cerita Tentang "Web Browser"

Posted On 10:19 AM by Sk Tedong |

Tim Berners-Lee adalah inventor kepada pelayar web atau web browser yang pertama di dunia.

Pelayar web ini direkacipta semasa beliau bertugas sebagai saintis di CERN (European Organization for Nuclear Research) pada tahun 1991. Berners-Lee menamakannya sebagai WorldWideWeb.

Pelayar web WorldWideWeb ini dibina pada komputer teknologi tinggi NeXTcube menggunakan hypertext antaramuka pengguna yang berkonsepkan WYSIWYG (What You See Is What You Get) dan HTML.

Pada tahun 1992, Pei-Yuan Wei - pelajar di Universiti California, Berkeley telah membangunkan pelayar web ViolaWWW. Pelayar web ini pula menggunakan konsep hypercard iaitu gabungan aplikasi pangkalan data dan grafik.

Teknologi pelayar web terus berkembang dan menghasilkan beberapa pelayar yang popular seperti Mosaic, Netscape Navigator dan Communicator, Internet Explorer, Opera dan Mozilla
edit post
0 Response to 'Cerita Tentang "Web Browser"'

Post a Comment